“You can donate by clicking here.”

“You can donate by clicking here.” “You can donate by clicking here.” “You can donate by clicking here.”

Thursday 20 February 2014

koci

KOCI


KOCI

Bahan-bahan:-

Untuk inti:
1) 1 biji kelapa parut
2) ½ cawan gula kabung
3) 1 cawan gula pasir
4) 2 helai daun pandan
5) ½ cawan air

Untuk kuih :
1) 1 bungkus tepung pulut
2) 2 mangkuk santan ( ½ mangkuk santan dimasak hingga pecah minyak)
3) ½ sudu teh garam
4) Daun pisang yang telah dilayur secukupnya

Cara :

Untuk inti:
1) Gaulkan semua bahanbahan
inti dalam kuali dan jerangkan ke atas api yang sederhana.
2) Kacaukan inti hingga merengas dan separa kering. Angkat dan ketepikan.
Untuk kuih :
1) Gaul rata tepung pulut dan santan bersama garam. Uli adunan ini hingga menjadi satu
doh yang lembut dan boleh dibentuk.
2) Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian yang sederhana besarnya. Bentukkan
adunan dan isikan inti tadi di tengahnya. Bulatbulatkan
dan celup ke dalam santan
masak.
3) Bungkus adunan itu dengan daun pisang. Buat sehingga selesai.
4) Panaskan kukusan. Masukkan bungkusanbungkusan
tadi ke dalam kukusan. Kukus
selama 2030minit
(sehingga masak).

Wednesday 19 February 2014

bebola ubi keledek

BEBOLA UBI KELEDEK

BEBOLA UBI KELEDEK - biasa

Bahan-bahan:-

1) 2 cawan ubi keledek (rebus dan lecek)
2) ½ cawan gula pasir
3) 1 biji telur
4) ½ sudu serbuk penaik
5) ½ cawan tepung gandum
6) ½ 1
kg minyak masak (untuk menggoreng)
7) Garam secukup rasa


Cara-cara pembuatan :-

1) Gaul rata ubi keledek bersama gula.
2) Masukkan telur, tepung sedikit demi sedikit bersama serbuk penaik dan garam
membentuk doh. Uli doh hingga tak melekat di tangan. (jika masih melekt,
tambah lagi sedikit tepung)
3) Bentukkan doh bulatbulat.
4) Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.
5) Goreng doh yang telah dibentuk sehingga wwwarna keemasan. Angkat dan tos.

Lempeng Pisang

LEMPENG PISANG


LEMPENG PISANG

Bahan-bahan:-
1) 2 sisir pisang berangan masak (lecek)
2) 1 cawan tepung gandum
3) ½ cawan gula
4) ½ biji kelapa parut (ambil yg putih sahaja)
5) ½ sudu teh garam
6) Daun pisang secukupnya

Cara :
1) Masukkan tepung dan gula ke dalam pisang yang telah dilecek dan gaul rata.
2) Kaut 1 senduk adunan pisang dan ratakan di atas daun pisang. Jgn terlalu tebal.
3) Taburkan kelapa ke atas adunan pisang tadi dan lipat dua daun pisang.
4) Bakar di atas kuali leper (pan) sehingga separa masak dan balikkan. Bakar hingga masa

Puding Roti Coklat

PUDING ROTI COKLAT



PUDING ROTI COKLAT


Bahan-bahan:-
1) 1 buku kecil roti
2) 1 liter susu coklat kotak
3) 3 sudu makan gula perang
4) 2 biji telur (pukul)
5) 1 sudu makan mentega cair
6) 1 sudu teh esen vanilla
7) 50 gram coklat urai
8) 50 gram coklat cair

Cara :
1) Potongpotong
roti pada saiz kecil.
2) Gaul rata susu dengan mentega cair, gula dan telur.
3) Masukkan roti dan rendam selama 1 jam.
4) Masukkan coklat urai dan gaul rata.
5) Sapu rata mentega pada loyang. Masukkan aunan ke dalam loyang dan bakar pada suhu
180°c selama 1 jam.
6) Sejukkan dan tung rata permukn dengan coklat cair. Potong kecil dan hidangkan.